New Boyz was formed in 1999 with five members aged between 15 to 18. Making their debut in the Malaysian music industry with a single titled Sejarah Mungkin Berulang, they created an incredible phenomenon when their first album sold over 100,000 units. This pop rock band were also well received in Indonesia, Singapore and Brunei.
Throughout the career that saw the change of several members except the main vocalist Tomok, New Boyz had produced six albums namely New Boyz (1999), Akur (2000), Wirama (2001), Inspirasi (2002), Bermulanya Satu Evolusi (2005) and Semula Padaku (2007). Among the singles that won a place in the hearts of their fans are Meraung, Marah Bukan Sifatku, Hanya Tinggal Sejarah, Norkia, Rajuk Di Hati, and Kau Bernama Cinta.
After almost 25 years of involvement in the music industry, New Boyz finally presented a full-scale concert to their fans in Malaysia in February 2023, which saw the sale of nearly 1,500 tickets sold out in less than 24 hours after sales opened online.
New Boyz are also eager to hold a concert in Singapore scheduled for this September. The playlist for the concert will be of their hit songs such as Sejarah Mungkin Berulang, Meraung, Lukamu Lukaku Jua, Marah Bukan Sifatku and many more. Rehearsals have now begun and are in full swing to ensure an energetic performance and ensure satisfaction for all the fans in attendance.
Kumpulan New Boyz ditubuhkan pada tahun 1999 dengan ahli asal seramai lima orang yang berusia di antara 15 hingga 18 tahun. Memulakan langkah dalam industri muzik Malaysia dengan single berjudul Sejarah Mungkin Berulang, mereka mencetuskan satu fenomena yang luar biasa apabila mencatatkan jualan album pertama melebihi 100,000 unit. Band pop rock ini turut dikenali dan diterima baik di Indonesia, Singapura dan Brunei.
Sepanjang karier yang menyaksikan pertukaran beberapa anggota kecuali vokalis utama iaitu Tomok, New Boyz pernah menghasilkan enam album iaitu New Boyz (1999), Akur (2000), Wirama (2001), Inspirasi (2002), Bermulanya Satu Evolusi (2005) dan Semula Padaku (2007).
Antara single yang mendapat tempat di hati para peminat mereka pula ialah Meraung, Marah Bukan Sifatku, Hanya Tinggal Sejarah, Norkia, Rajuk Di Hati, dan Kau Bernama Cinta.
Setelah hampir 25 tahun penglibatan dalam industri muzik, New Boyz akhirnya menghadiahkan sebuah konsert berskala penuh untuk para peminat mereka di Malaysia pada Februari 2023 yang menyaksikan penjualan hampir 1,500 keping tiket habis terjual dalam masa kurang 24 jam setelah jualan dibuka di atas talian.
New Boyz turut teruja untuk mengadakan konsert di Singapura yang dijadualkan pada September ini. New Boyz bakal menyanyikan sepenuhnya lagu-lagu hits mereka seperti seperti Sejarah Mungkin Berulang, Meraung, Lukamu Lukaku Jua, Marah Bukan Sifatku dan banyak lagi. Latihan kini telah mula dilakukan dan sedang giat dijalankan demi memastikan persembahan yang bertenaga serta memastikan kepuasan buat semua peminat yang hadir.